Thursday, 21 May 2020

simple, short, something

Kepala aku angkat apabila terdengar suara seseorang memberi salam di hadapan kelas,

Ustaz Ameer.

" al-fatihah , class "

Seusai menjawab salam, aku dan rakan-rakan yang lain mula membaca surah pembuka serta doa ringkas untuk memulakan pembelajaran pada hari itu.

Sambil meregangkan badan yang terasa lenguh akibat tertidur di atas meja, aku perhati keadaan kelas.

Sama.
Rakan-rakan yang lain juga seperti aku, berusaha menyelesakan badan sendiri .

Rata-rata mereka ini baru bangun dari tidur yang kurang lena.
Aku faham kenapa mereka semua menjadi sebegitu lemah sehingga tidak tertahan dari mengampai kepala masing-masing di atas meja,
kerana aku juga seperti mereka - menuntut waktu rehat yang dicuri pada setiap malam.

" yang masih mengantuk pergi basuh muka, ambik wudhu sekali. Yang tak bawa tafsir pergi pinjam kat surau. Cepat sikit, kelas kita tak lama hari ni. Kita bincang setakat yang boleh. Jangan bazir masa. "

Aku lihat beberapa orang keluar dari kelas, mungkin mahu membasuh muka dek terlalu lama menahan kantuk.
Tak mungkin mereka mahu ke surau kerana terdapat sebuah rak di belakang kelas yang menempatkan  koleksi tafsir untuk kegunaan pelajar di dalam kelas.

Setelah cukup semua orang  di dalam kelas, Ustaz Ameer meminta satu demi satu orang dari kami semua untuk membaca ayat-ayat Al-Quran.

Ini adalah perkara biasa yang kami lakukan setiap kali subjek Al-Quran berlalu. Setiap seorang yang membaca ayat-ayat suci tersebut akan ditegur dan diperbetulkan bacaannya oleh Ustaz Ameer sebelum kelas beralih kepada penerangan daripada ustaz sendiri.

Sampai masanya, giliran aku tiba.
Aku mulakan dengan isti'azah serta basmalah dan menyambung bacaan pada baris terakhir muka surat.

Habis satu ayat, aku selak ke muka surat sebelah.

Kosong.

Hati aku yang mulanya tenang, berdetak laju dari biasa.

Aku selak ke muka surat yang lain,

Masih sama,

Kosong.

Aku angkat kepala, mahu memberitahu Ustaz Ameer sesuatu namun yang aku lihat ,

Kosong .

Tiada ustaz dihadapan kelas.

Aku pandang sekeliling,

Bayang rakan-rakan yang bersama aku tadi juga hilang.

Air mata yang aku tahan akhirnya tumpah bersama perasaan takut yang menyelubungi diri.

.

Aku terjaga
dengan hati yang berdebar.

' Ya Allah, mimpi apakah ini ? '

Aku lihat jam yang terletak di sebelah bantal,

3.46 a.m.

Aku beristighfar sejenak sebelum mula mengemas katil dan membuat persiapan untuk ke sekolah pada esok hari.

Sempat aku melakukan solat sunat tahajjud serta solat hajat sebelum aku beralih ke bahagian rak yang menempatkan buku-buku persekolahan aku.

Jadual waktu yang aku lekat di bahagian hadapan buku catatan aku belek sambil mengemaskan buku satu persatu,

Fiqh, Nusus, Chemistry, English, Maths...

Satu demi satu buku aku masukkan kedalam beg sekolah. Aku melihat subjek yang terakhir di dalam jadual waktu ,

Quran ! 

No comments:

Post a Comment

simple, short, something

Kepala aku angkat apabila terdengar suara seseorang memberi salam di hadapan kelas, Ustaz Ameer. " al-fatihah , class " Seusai ...