Sahabat
Bila mana diri ini selalu memikirkan tentang kebaikan diri sendiri terhadap orang lain, maka perasaan riak mula bersarang dalam hati..
Astaghfirullahal'adzim...
Suatu malam, aku dengan kebiasaanku mula mem'post' beberapa ayat di 'status' whatsapp..
Niatnya hanya mahu memberi semangat kepada orang lain untuk teruskan perjuangan hidup mereka..
Seperti kebiasaanya, aku tersenyum melihat 'viewers' yang semakin ramai.. Bererti aku sudah memberikan mereka semangat yang baru.. Itu sangkaanku pada awalnya..
Aku suka bila ada orang yang mendapat sesuatu yang berguna dari aku...
Alhamdulillah..
Beberapa minit kemudian, bunyi pop aku dengar melalui telefon bimbit..
Aku membuka ke ruangan chat..
Seorang teman ''reply'' status yang aku post..
Aku tersenyum sebelum membacanya.. Namun sebaik sahaja aku mula membacanya, senyum aku mendadak hilang..
Sungguh, aku terkesan dengan kata katanya.. Semalaman aku tidak dapat memaksa mata untuk tidur ..
Otak juga tidak mahu berhenti memikirkan kata katanya tadi..
Aku mula sedar akan sesuatu.. Tidak ada yang sempurna yang kita akan jumpa dalam dunia yang penuh dengan dugaan ini...
Aku ini hamba. .. Seharusnya aku lebih banyak bersujud kepadaNya memohon keampunan.. Aku juga sama seperti mereka yang lain.. Tidak seharusnya aku menyangka bahawa aku ini lebih bagus dari mereka..
Aku dan mereka sama.. Aku harus faham itu. Tiada yang lebih dan tiada yang kurang...
Terima kasih sahabat kerana telah mengingatkan diri ini.. Terima kasih..
Allah hantar seseorang dalam hidup kita itu bersebab.. Sama ada dia itu ujian atau mungkin hadiah dari Allah...
Bersyukurlah..kerana hidup di dunia ini cuma sekali.. Ia adalah pengalaman terbesar buat kita semua..
Alhamdulillah..